f
Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Unit Bimbingan Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin +Follow | Dashboard
UBK SMKUH

Menu


Logo Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin .




PETUA BELAJAR
Wednesday, 17 April 2013 | 10:35 | 0 comments
Asalamualaikum , Selamat Sejahtera & Salam Satu Malaysia ,


SEBELUM BELAJAR

1) Berdo’a.


2) Tarik nafas:
- Oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
- Kesannya kita akan lebih bertenaga dan tenang

.
3) Cara duduk:
- Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik

4) Tentukan tajuk:
- Tetapkan tajuk-tajuk tertentu yang hendak dibaca/ulangkaji pada sesuatu masa. 

5) Tentukan jumlah muka surat / bab yang akan dibaca

6) Tentukan tempoh masa
- Berapa lama hendak membaca.


SEMASA BELAJAR 


1) Tunjuk dengan jari:
- Seperti mengaji Al-Qur’an. 

2) Fahamkan dan bayangkan 
 
- Otak akan sentiasa aktif.
- Contoh: membaca mengenai HAJI.
- Dapat bayangkan bentuk atau rupa Ka’bah.
- Seolah-olah berbual dengan jemaah.
- Menggunakan keduan-dua belah otak kiri dan kanan.



3) Selang-selikan dengan rehat: 
 
- Setiap 30 minit berehat 5 minit.
- JANGAN diselangi dengan menonton TV atau mendengar radio.
- Memadai dengan minum air jarang ( mineral ), berjalan-jalan di halaman atau senaman ringan seperti    regangan otot.

.
Doa Memohon Pertambahan Ilmu
.

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ





Maksudnya : 

“ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.
.